Saturday 31 December 2011

Hari Pertama Alya di Taska Permata

Selamat tahun baru 2012, semoga tahun ini lebih baik dari tahun lepas. Bermulalah perjalanan di tahun baru, kehidupan yang baru bersama keluarga tersayang. Bersyukur kerana dapat bersama-sama suami tersayang dalam membina keluarga bahagia di samping permata hati yang dikurniakan oleh Allah, Alya Farihah. setahun 4 bulan.

Hari ini juga, bermula hidup Alya di Taska Permata Belukar Jambu. Bermula lah proses pembelajaran Alya di sekolah. Harapan pada Alya agar dapat sesuaikan diri di tempat itu. Alya seorang yang aktif. Pada hari pendaftaran sebelum ni, sampai je kat taska, dia mcm suka dan nak sentuh semua barang kat taska tu buat mcm rumah sendiri... bola, pokok, baby antara perkataan yang dia sebut. Suka tgk gelagat Alya.

Alya bangun awal pagi ngan ceria, mandi, pakai baju dan makan roti... samapai kat taska... hahaha.... suka2 tp mcm tahu je nok tggl dia... bila tgk budak lain nangis, dia pon mcm nkl nangis... tp syukur ah alya ok bila masuk bilik mainan, jd... tggl ah dia ngan cikgu dia kat situ...

Husband pon nampak tersenyum je berada di sisi keluarga. Terima kasih kepada suami dan bersyukur pada Allah kurniakan suami pengasih dan penyayang terhadap keluarga.

Monday 26 December 2011

hari pertama di tempat kerja baru

salam... suka hati dan risau pon ada sbb hari pertama di sekolah baru bawa Yaya kat sekolah.  suka hati tgk telatah Yaya kat sekolah ni... awal2 sampai kat sekolah mcm takut2 je tgk org... tapi bila dah 1 jam... dia dah mula buat tempat ni macam rumah dia. jln2... jumpa kunci laci terus buka laci... agak letih n risau jugak kat tempat baru ni..

 bila masuk makmal komputer, tiada org... terus buat hal sendiri... lari2... mcm bebas je... siap buang air besar lagi.... terpaksa laa g toilet plok... pastu mkn lagi... x brenti Yaya makan... staf suka tgk gelagat dia yg suka makan... pg makan ns dagang, pastu mkn keropok udang... makan nasi plok... keropok udang plok.... nok abis 1 paket dah... risau jugak tgk dia mkn byk. nok bg dia brenti mkn bagi pen dan kertas.... tp yg kelakarnye... siap muka n tangan ada dakwat pen.... inilah telatah anak sulungku, Alya Farihah bt Mohd Farizal.