Monday 3 October 2011

Anakku soleh...

Saat ini hati terasa sedih melihat gelagat pelajar yang kurang hormat dengan guru dan staf. Jauh beza dengan keadaan kita zaman sekolah dulu... Macam mane keadaan anak-anak kita di masa depan ya... Ya Allah... lindungilah umat islam dari perkara2 buruk dan hasutan syaitan...

Kini bergelar seorang ummi, sentiasa fikir mcm mane nk jd ibu bapa cemerlang untuk jadikan anak-anak cemerlang di dunia dan juga akhirat... Allahu Akbar.. mesti banyakkan membaca untuk dapatkan ilmu. ilmu Allah amat luas... berusahalah mencarinya... InsyaAllah.

artikal dari blog rahsia anak pintar dari perspektif islam.
INFO: Tip untuk ibu bapa
  • Sebaik kandungan mencecah empat bulan, ibu digalakkan baca surah al-Fatihah, ayat Kursi dan surah al-Inshirah.
  • Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan manakala surat al-Inshirah untuk melapangkan hati dan fikiran.
  • Selepas bersalin, baca surah berkenaan ketika menyusukan anak dan dihembuskan di kepala. Ia boleh diteruskan sehingga anak cukup umur.
  • Waktu ketika anak antara sedar dan tidak. Rebut peluang bisikkan kata-kata nasihat, pujian dan pesanan. Ambil masa seminit, dua untuk membacakan doa sambil mengusap kepala mereka selain memberikan nasihat.
  • Doakan kejayaan anak, rakan anak mereka, anak rakan dan jiran.
FAKTA: Rahsia pemakanan ilmuwan Islam
  1. Madu – Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia ‘shifa’ iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Ia perlu diambil dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada waktu pagi dan malam.
  2. Kismis – Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab memakannya ialah dengan mengadap Kiblat, membaca Bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa penerang hati. Ia perlu dimakan seperti memakan gula-gula kerana dikatakan tidak berkesan jika dikunyah dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap hari.
  3. Susu segar – Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri – biri dan lembu yang segar. Ia diminum segelas pada sebelah pagi dan malam.
  4. Telur – Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli – ahli kesihatan mengakui ia adalah makanan yang lengkap dan berkhasiat. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.
  5. Halia – Ia sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa ialah halia yang dijadikan Dimakan sedikit saja pada waktu pagi.
  6. Buah Delima – Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”

Saturday 1 October 2011

Hati yang bahagia dan tenang...

Semua orang ingin hidup dalam bahagia dan hati yang tenang... apa yang di hajati semua kita akan dapat nikmati... adakah ianya benar?  apakah yang buatkan kita rasa bahagia? Biasanya... apabila seseorang itu berkawin, orang ramai akan mengucapkan "selamat berbahagia" ... hal ini menunjukkan betapa bahagianya hidup di alam perkahwinan...
tapi... adakalanya hati ni rase gelisah, gusar, gundah gulana, serba tak kena, buat ni salah, buat tu salah... adakah keluarga kita tak bahagia? duit tak cukup? harta tak cukup? kasih sayang tak cukup?

Apakah sebenarnya kecukupan itu yang membawa kebahagiaan?
Ada orang kaya harta berjuta2, tapi hatinya tak bahagia.
Ada orang punya isteri tiga, tapi hati tak bahagia.
Ada orang ada suami yang hebat, tapi tak bahagia.
Ada orang ada keluarga ternama, tapi tak bahagia.
Jadi, apa sebenarnya dan di mana letaknya bahagia tu?

Oh, ia simple saja.

Berkata al-Ghazali “Bahagia dan kenikmatan sejati ialah bila dapat mengingati Allah. Ketahuilah bahawa kebahagiaan setiap sesuatu ialah bila kita merasakan nikmatnya kesenangan dan kenikmatannya, dan kenikmatan itu ialah menurut sifat kejadiaannya masing-masing. Kenikmatan mata ialah bila melihat apa yang indah, kenikmatan telinga ialah bila mendengar suaru merdu dan demikian pula anggota lainnya. Sedangkan kenikmatan hati ialah keteguhan ma’rifat kepada Allah karena hati itu dijadikan adalah untuk mengenal Tuhan.”

Surah ke-13 ayat ke-28 Allah berfirman “Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenang.”.

Namun kita sering terkeliru dan terkelabu dengan perkara2 seperti harta, pasangan, anak-anak dan sebagainya sebagai sumber kebahagiaan. Tidak, malah itu semua adalah elemen2 yang akan membahagiakan apabila kita bahagia. Berapa banyak orang kaya yang bunuh diri, adakah harta membahagiakan mereka? Berapa orang berkeluarga yang menghadapi tekanan perasaan hingga sanggup membunuh ahli keluarga sendiri, adakah keluarga membahagiakan mereka?

Allah telah berfirman dalam surah ke-3 ayat ke-14 “Dijadikan indah pada pandangan manusia kecintaan terhadap apa-apa yang diingini, (yakni) wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup didunia, dan di sisi Allah lah tempat kembali yang baik”

Itulah bukti bahawa manusia sering keliru dengan punca2 kebahagiaan, kerana pada pandangan kita, wanita-wanita (pasangan), anak-anak, harta adalah subjek2 yang membuatkan kita bahagia. Sedangkan bila dah bernikah, dan beranak, masih juga hati berasa gusar, tidak tenang, dan tidak bahagia.